As-Sayyid
Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz Almaliki
As-Sayyid
Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulama Islam yang utama pada
dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang paling dihormati dan dicintai di
kota suci Makkah.
Beliau
merupakan keturunan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait,
Imam Hadis di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang
paling berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan
pegangannya di dunia ilmiah Islam turath.
Menzirahi
beliau merupakan suatu keharusan kepada para ulama yang menziarahi Makkah.
Keluarga
Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung
dengan Junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau
merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang
merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda,
Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.
Keluarga
Maliki merupakan salah satu keluarga yang paling dihormati di Makkah dan telah
melahirkan alim ulama besar di Makkah, yang telah mengajar di Makkah sejak
lama.
Lima
orang dari keturunan Sayyid Muhammad, telah menjadi Imam Mazhab Maliki di Haram
Makkah. Datuk beliau, Al-Sayyid Abbas Al-Maliki, merupakan Mufti dan Qadhi
Makkah dan khatib di Masjidil Haram. Beliau memegang jawatan ini ketika
pemerintahan Uthmaniah serta Hashimiah, dan seterusnya terus memegang jawatan
tersebut setelah Kerajaan Saudi diasaskan. Raja Abdul Aziz bin Sa’ud sangat
menghormati beliau. Riwayat Hidup beliau boleh dirujuk pada kitab Nur An-Nibras
fi Asanid Al-Jadd As-Sayyid Abbas oleh cucunya As-Sayyid Muhammad Al-Maliki.
Bapak
beliau pula, As-Sayyid Alawi Al-Maliki merupakan salah seorang ulama Makkah
Termasyhur di abad yang lalu. Beliau telah mengajar perbagai ilmu Islam turath
di Masjidil Haram selama hampir 40 tahun. Ratusan murid dari seluruh pelusok
dunia telah mengambil faedah daripada beliau dari kuliah beliau di Masjidil Haram,
dan banyak di kalangan mereka telah memegang jawatan penting agama di negara
masing-masing.
Malah,
Raja Faisal tidak akan membuat apa-apa keputusan berkaitan Makkah melainkan
setelah meminta nasihat daripada As-Sayyid Alawi. Beliau telah meninggal dunia
pada tahun 1971 dan upacara pengebumiannya merupakan yang terbesar di Makkah
sejak seratus tahun. Dalam tempoh 3 hari dari kematian beliau, Stesyen Radio
Saudi tempatan hanya menyiarkan bacaan Al-Quran, sesuatu yang tidak pernah
dilakukan kecuali hanya untuk beliau.
Maklumat
lanjut tentang As-Sayyid Alawi boleh dirujuk kepada biografinya berjudul
Safahat Musyriqah min Hayat Al-Imam As-Sayyid As-Syarif Alawi bin Abbas
Al-Maliki oleh anaknya, yang juga merupakan adik kepada As-Sayyid Muhammad,
As-Sayyid Abbas Al-Maliki, juga seorang ulama, tetapi lebih dikenali dengan
suara merdunya dan pembaca Qasidah yang paling utama di Arab Saudi. Biografi
ini mengandungi tulisan berkenaan As-Sayyid Alawi dari ulama dari seluruh dunia
Islam.
Keluarga
Maliki juga telah melahirkan banyak lagi ulama lain, tetapi penulis hanya
menyebut bapa dan datuk kepada As-Sayyid Muhammad. Untuk maklumat lanjut, rujuk
tulisan-tulisan berkaitan sejarah Makkah dan ulamanya di abad-abad mutakhir.
Kelahiran
dan Pendidikan Awal
As-Sayyid
Muhammad Al-Hasani bin Alawi bin Abbas bin Abdul Aziz, dilahirkan pada tahun
1946, di kota suci Makkah, dalam keluarga Al-Maliki Al-Hasani yang terkenal,
keluarga Sayyid yang melahirkan ulama tradisi. Beliau amat beruntung kerana
memiliki bapa seperti As-Sayyid Alawi, seorang ulama paling berilmu di Makkah.
Bapa beliau merupakan guru pertama dan utama beliau, mengajar beliau secara
peribadi di rumah dan juga di Masjidil Haram, di mana beliau menghafal Al-Quran
sejak kecil. Beliau belajar dengan bapa beliau dan diizinkan untuk mengajar
setiap kitab yang diajarkan oleh bapa beliau kepada beliau.
Pendidikan
Lanjut
Dengan
arahan bapanya, beliau juga turut mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu
turath Islam: Aqidah, Tafsir, Hadith, Feqh, Usul, Mustalah, Nahw dan lain-lain,
di tangan ulamak-ulamak besar lain di Makkah serta Madinah. Kesemua mereka
telah memberikan ijazah penuh kepada beliau untuk mengajar ilmu-ilmu ini kepada
orang lain.
Ketika
berumur 15 tahun lagi, As-Sayyid Muhammad telah mengajar kitab-kitab Hadith dan
Feqh di Masjidil Haram, kepada pelajar-pelajar lain, dengan arahan
guru-gurunya. Setelah mempelajari ilmu turath di tanah kelahirannya Makkah,
beliau dihantar oleh bapanya untuk menuntut di Universiti Al-Azhar As-Syarif.
Beliau menerima ijazah PhD daripada Al-Azhar ketika berusia 25 tahun,
menjadikan beliau warga Arab Saudi yang pertama dan termuda menerima ijazah PhD
dari Al-Azhar. Tesis beliau berkenaan Hadith telah dianggap cemerlang dan
menerima pujian yang tinggi dari alim ulamak unggul di Al-Azhar ketika itu,
seperti Imam Abu Zahrah.
Perjalanan
Mencari Ilmu
Perjalanan
menuntut ilmu merupakan jalan kebanyakan ulamak. As-Sayid Muhammad turut tidak
ketinggalan. Beliau bermusafir sejak usia muda untuk menuntut ilmu dari mereka
yang memiliki ilmu. Beliau telah bermusafir dengan banyak ke Afrika Utara,
Mesir, Syria, Turki, dan rantau Indo-Pak untuk belajar dari alim-ulama yang
hebat, bertemu para Wali Allah, menziarahi masjid-masjid dan maqam-maqam, serta
mengumpul manuskrip-manuskrip dan kitab.
Di
setiap tempat ini, beliau menemui para ulamak dan auliyak yang agung, dan
mengambil faedah daripada mereka. Mereka juga turut tertarik dengan pelajar
muda dari Makkah ini dan memberi perhatian istimewa untuk beliau. Kebanyakan
mereka telah pun sangat menghormati bapa beliau yang alim, dan merupakan satu
kebanggaan memiliki anak beliau sebagai murid.
Ijazah-ijazah
Sistem
pengajian tradisi atau turath berasaskan kepada ijazah atau ‘keizinan untuk
menyampaikan ilmu’. Bukan semua orang boleh mengajar. Hanya mereka yang
memiliki ijazah yang diktiraf dari alim-ulamak yang terkenal sahaja yang boleh
mengajar. Setiap cabang pengetahuan dan setiap kitab Hadith, Feqh, Tafsir dan
lain-lain, mempunyai Sanad-sanad, atau rantaian riwayat yang bersambung
sehingga kepada penyusun kitab tersebut sendiri melalui anak-anak muridnya dan
seterusnya anak-anak murid mereka. Banyak sanad-sanad yang penting, seperti
sanad Al-Qur’an, Hadith dan Tasawwuf, bersambung sehingga kepada Rasulullah
Sallahu Alaihi Wasallam.
Sayyid
Muhammad mendapat penghormatan dengan menjadi Shaykh dengan bilangan ijazah
terbanyak dalam waktunya. Beliau juga memiliki rantaian sanad terpendek atau
terdekat dengan datuknya, Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam.
Di
Tanah Arab, tanah kelahirannya, dan dalam permusafiran ilmunya, As-Sayyid
Muhammad mendapat lebih dari 200 ijazah dari alim-ulamak teragung di zamannya,
di setiap cabang ilmu Islam. Ijazah beliau sendiri, yang beliau berikan kepada
murid-muridnya adalah antara yang paling berharga dan jarang di dunia, menghubungkan
anak-anak muridnya dengan sejumlah besar para ulamak agung.
Para
Masyaikh yang memberikan As-Sayyid Muhammad ijazah-ijazah mereka merupakan
ulamak besar dari seluruh dunia Islam. Kita menyebutkan sebahagian mereka:
Dari
Makkah:
1)
Bapa beliau yang alim dan guru beliau yang pertama, As-Sayyid Alawi bin Abbas
al-Maliki
2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
6) Shaykh Muhammad Nur Sayf
7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji
2) Shaykh Muhammad Yahya Aman al-Makki
3) Shaykh al-Sayyid Muhammad al-Arabi al-Tabbani
4) Shaykh Hasan Sa‘id al-Yamani
5) Shaykh Hasan bin Muhammad al-Mashshat
6) Shaykh Muhammad Nur Sayf
7) Shaykh Muhammad Yasin al-Fadani
8) Al-Sayyid Muhammad Amin Kutbi
9) Al-Sayyid Ishaq bin Hashim ‘Azuz
10) Habib Hasan bin Muhammad Fad‘aq
11) Habib Abd-al-Qadir bin ‘Aydarus al-Bar
12) Shaykh Khalil Abd-al-Qadir Taybah
13) Shaykh Abd-Allah al-Lahji
Dari
Madinah:
1)
Shaykh Hasan al-Sha‘ir, Shaykh al-Qurra of Madinah
2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
2) Shaykh Diya-al-Din Ahmad al-Qadiri
3) As-Sayyid Ahmad Yasin al-Khiyari
4) Shaykh Muhammad al-Mustafa al-Alawi al-Shinqiti
5) Shaykh Ibrahim al-Khatani al-Bukhari
6) Shaykh Abd-al-Ghafur al-Abbasi al-Naqshbandi
Dari
Hadramawt dan Yaman:
1)
Al-Habib Umar bin Ahmad bin Sumayt, Imam Besar Hadramawt
2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
2) Shaykh As-Sayyid Muhammad Zabarah, Mufti Yaman
3) Shaykh As-Sayyid Ibrahim bin Aqeel al-Ba-Alawi, Mufti Ta‘iz
4) Al-Imam al-Sayyid Ali bin Abd-al-Rahman al-Habshi
5) Al-Habib Alawi ibn Abd-Allah bin Shihab
6) As-Sayyid Hasan bin Abd-al-Bari al-Ahdal
7) Shaykh Fadhl bin Muhammad Ba-Fadhal
8) Al-Habib Abd-Allah bin Alawi al-Attas
9) Al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafeez
10) Al-Habib Ahmad Mashhur al-Haddad
11) Al-Habib Abd-al-Qadir al-Saqqaf
Dari
Syria:
1)
Shaykh Abu-al-Yasar ibn Abidin, Mufti Syria
2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
2) Shaykh As-Sayyid al-Sharif Muhammad al-Makki al-Kattani, Mufti Maliki
3) Shaykh Muhammad As‘ad al-Abaji, Mufti Shafi‘i
4) Shaykh As-Sayyid Muhammad Salih al-Farfur
5) Shaykh Hasan Habannakah al-Maydani
6) Shaykh Abd-al-Aziz ‘Uyun al-Sud al-Himsi
7) Shaykh Muhammad Sa‘id al-Idlabi al-Rifa‘i
Dari
Mesir:
1)
Shaykh As-Sayyid Muhammad al-Hafiz al-Tijani, Imam Hadith di Mesir
2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
2) Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf, Mufti Mesir
3) Shaykh Salih al-Ja‘fari, Imam Masjid Al-Azhar
4) Shaykh Amin Mahmud Khattab al-Subki
5) Shaykh Muhammad al-‘Aquri
6) Shaykh Hasan al-‘Adawi
7) Shaykh As-Sayyid Muhammad Abu-al-‘Uyun al-Khalwati
8) Shaykh Dr. Abd-al-Halim Mahmud, Syeihkul Azhar
Dari
Afrika Utara (Maghribi, Algeria, Libya dan
Tunisia):
Tunisia):
1)
Shaykh As-Sayyid As-Sharif Abd-al-Kabir al-Saqali al-Mahi
2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
2) Shaykh As-Sayyid Abd-Allah bin Al-Siddiq Al-Ghimari, Imam Hadith
3) Shaykh As-Sayyid Abd-al-Aziz bin Al-Siddiq al-Ghimari
4) As-Sharif Idris al-Sanusi, Raja Libya
5) Shaykh Muhammad At-Tahir ibn ‘Ashur, Imam Zaytunah, Tunis
6) Shaykh al-Tayyib Al-Muhaji al-Jaza’iri
7) Shaykh Al-Faruqi Al-Rahhali Al-Marrakashi
8) Shaykh As-Sayyid As-Sharif Muhammad al-Muntasir al-Kattani
Dari
Sudan:
1)
Shaykh Yusuf Hamad An-Nil
2) Shaykh Muddassir Ibrahim
3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
2) Shaykh Muddassir Ibrahim
3) Shaykh Ibrahim Abu-an-Nur
4) Shaykh At-Tayyib Abu-Qinayah
Dari
Rantau Indo-Pak:
1)
Shaykh Abu-al-Wafa al-Afghani Al-Hanafi
2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
2) Shaykh Abd-al-Mu‘id Khan Hyderabadi
3) Al-Imam Al’Arif Billah Mustafa Rida Khan al-Barelawi, Mufti India
4) Mufti Muhammad Shafi’ Al-Deobandi, Mufti Pakistan
5) Mawlana Muhammad Zakariyya Al-Kandahlawi, Imam Hadith
6) Mawlana Zafar Ahmad Thanawi
7) Shaykh Al-Muhaddith Habib-al-Rahman Al-‘Azami
8) Sayyid Abu-al-Hasan Ali An-Nadawi
Silsilah
ini hanya merupakan ulama masyhur yang Syaikh kita telah mendapat ijazah
darinya, dan di sana terdapat ramai lagi yang tidak disebutkan. Pada As-sayyid
Muhammad Alawi, seseorang akan mendapati nilai terbaik dari para Masyaikh ini
dalam pelabagai latarbelakang dan pengkhususan.
Karier
Mengajar
Kalimah
karier sebenarnya mungkin tidak sesuai untuk digunakan untuk menggambarkan
aktiviti mengajar As-Sayyid Muhammad, kerana kalimah ini amat hampir kaitannya
dengan keuntungan material. Sementara beliau, seperti mana Masyaikh tradisi
yang lain, juga seperti keturunannya sebelum beliau, mengajar hanya kerana
Allah dan tidak mengharapkan keuntungan material langsung.
Malahan,
beliau menempatkan sejumlah besar pelajar di rumahnya sendiri, menyediakan
untuk mereka makan minum, penginapan, pakaian, kitab-kitab serta segala
keperluan mereka. Sebagai balasan, mereka hanya diminta mengikuti peraturan dan
etika penuntut ilmu agama yang suci. Pelajar-pelajar ini biasanya menetap
bersama beliau bertahun-tahun lamanya, mempelajari pelbagai cabang ilmu Islam,
dan seterusnya kembali ke negeri masing-masing. Ratusan dari para pelajar telah
menuntut di kaki beliau dan telah menjadi pelopor pengetahuan Islam dan
kerohanian di negara mereka, terutamanya di Indonesia, Malaysia, Mesir, Yaman
dan Dubai.
Bagaimanapun
apabila pulang dari Al-Azhar, beliau dilantik sebagai Profesor Pengajian Islam
di Universiti Ummul Qura di Makkah, yang mana beliau telah mengajar sejak tahun
1970.
Pada
tahun 1971, sebaik bapanya meninggal dunia, para ulamak Makkah meminta beliau
untuk menggantikan tempat
bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.
bapanya sebagai guru di Masjidil Haram. Beliau menerimanya, lantas menduduki kedudukan yang telah diduduki oleh keluarganya lebih dari seabad. Beliau juga kadang kala mengajar di Masjid Nabi di Madinah. Kuliah pengajian beliau merupakan kuliah yang paling ramai dihadiri di kedua-dua Tanah Haram.
Bagaimanapun
pada awal tahun 80-an, beliau telah mengosongkan kedudukan mengajarnya di
Universiti Ummul Qura juga kerusi warisannya di Masjidil Haram, memandangkan
fatwa dari sebahgian ulamak fanatik fahaman Wahhabi, yang menganggap
kewujudannya sebagai ancaman kepada ideologi dan kekuasaan mereka.
Sejak
itu, beliau mengajar kitab-kitab agung Hadith, Fiqh, Tafsir dan tasawwuf di
rumah dan masjidnya di Jalan Al-Maliki di Daerah Rusayfah, Makkah.
Kuliah-kuliah umumnya antara waktu Maghrib dan Isyak dihadiri tidak kurang
daripada 500 orang setiap hari. Ramai pelajarnya daripada Universiti menghadiri
pengajiannya di waktu malam. Sehingga malam sebelum beliau meninggal dunia,
majlisnya dipenuhi penuntut.
Sayyid
Muhammad Alawi Al-Maliki amat dihormati oleh Kerajaan Arab Saudi dan selalu
diminta nasihat dari Raja sendiri dalam urusan-urusan yang penting. Beliau juga
dilantik sebagai ketua juri dalam Musabaqah Qur’an antarabangsa di Makkah
selama tiga tahun berturut-turut.
Tulisan
Beliau
Sayyid
Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir
seratus buah kitab. Beliau
telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.
telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia.
Kita
sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:
Aqidah:
1)
Mafahim Yajib an Tusahhah
2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min at-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
2) Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3) At-Tahzir min at-Takfir
4) Huwa Allah
5) Qul Hazihi Sabeeli
6) Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
Tafsir:
1)
Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is al-Quran
2) Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4) Hawl Khasa’is al-Quran
Hadith:
1)
Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
2) Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3) Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4) Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik
Sirah:
1)
Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6) Zikriyat wa Munasabat
7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
2) Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3) ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4) Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5) Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6) Zikriyat wa Munasabat
7) Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra
Usul:
1)
Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
2) Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3) Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
Fiqh:
1)
Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2) Labbayk Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf
2) Labbayk Allahumma Labbayk
3) Al-Ziyarah al-Nabawiyyah bayn al-Shar‘iyyah wa al-Bid‘iyyah
4) Shifa’ al-Fu’ad bi Ziyarat Khayr al-‘Ibad
5) Hawl al-Ihtifal bi Zikra al-Mawlid al-Nabawi al-Sharif
6) Al-Madh al-Nabawi bayn al-Ghuluww wa al-Ijhaf
Tasawwuf:
1)
Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4) Al-Husun al-Mani‘ah
5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar
2) Abwab al-Faraj
3) Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
4) Al-Husun al-Mani‘ah
5) Mukhtasar Shawariq al-Anwar
Lain-lain:
1)
Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3) Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13) Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
2) Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3) Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4) Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5) Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6) Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7) Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8) Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9) Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10) Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11) Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12) Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13) Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14) Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15) Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16) Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
Senarai
di atas merupakan antara kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan
diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga yang
belum dicetak.
Kita
juga tidak menyebutkan banyak penghasilan turath yang telah dikaji, dan
diterbitkan buat pertama kali, dengan nota kaki dan komentar dari As-Sayyid
Muhammad. Secara keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.
Banyak
hasil kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke perbagai bahasa.
Kegiatan
lain
As-Sayyid
Muhammad merupakan seorang pembimbing kepada ajaran dan kerohanian Islam yang
sebenar dan telah bermusafir ke serata Asia, Afrika, Eropah dan Amerika,
menyeru manusia ke arah kalimah Allah dan Rasul terakhir-Nya Muhammad Sallahu
Alaihi Wassalam.
Di
Asia Tenggara Khususnya, As-Sayyid Muhammad secara peribadi telah mengasaskan
dan membiayai lebih 70 buah Sekolah Islam untuk melawan aktiviti dakyah
Kristian. Sejumlah besar penganut Kristian dan Budha telah memeluk Islam di
tangannya hanya setelah melihat Nur Muhammad yang bersinar di wajahnya.
Ke
mana sahaja beliau pergi, para pemimpin, ulamak dan masyarakat di tempat
tersebut akan menyambutnya dengan penuh meriah. Beliau seringkali memberi
ceramah kepada ratusan ribu manusia.
Beliau
amat disayangi dan dicintai oleh Muslimin di seluruh dunia, bukan sahaja kerana
beliau keturunan Rasulullah, tetapi juga kerana ilmunya yang luas, hikmahnya,
akhlak serta watak rohaninya. Beliau juga amat terkenal amat pemurah dengan
ilmu, kekayaan dan masanya.
Pendekatan
As-Sayyid
Muhammad mengikuti dan menyelusuri tradisi arus utama dan majoriti Islam, jalan
Ahlu Sunnah Waljamaah, jalan toleransi dan sederhana, pengetahuan dan
kerohanian, serta kesatuan dalam kepelbagaian.
Beliau
percaya kepada prinsip berpegang dengan empat mazhab yang masyhur, tetapi tanpa
fanatik. Beliau mengajar rasa hormat kepada ulamak dan Awliyak agung yang
lepas.
Beliau
menentang sikap sewenang-wenangnya mengatakan Muslim lain sebagai Kafir dan
Musyrik, yang telah menjadi tanda dan sifat utama sebahagian fahaman hari ini.
Beliau
amat menentang dan kritis terhadap mereka yang digelar reformis (Islah) abad
ke-20 yang dengan mudah ingin menghapuskan Islam generasi terdahulu menggunakan
nama Islam yang suci.
Beliau
juga memahami bahawa mencela kesemua Ash’ari, atau kesemua Hanafi, Syafi’e dan
Maliki, kesemua sufi, seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian fahaman hari
ini adalah sama dengan mencela keseluruhan Ummah Islam ribuan tahun yang
lampau. Ia hanya merupakan sifat dan pendekatan musuh Islam, dan bukannya
rakan.
Sayyid
Muhammad juga amat mempercayai bahawa ulamak –ulamak Mazhab yang agung –
mengikuti Sunni-Sufi – sejak beratus tahun yang lalu, adalah penghubung kita
kepada Al-Quran dan Assunnah, dan bukanlah penghalang antara keduanya dengan
kita, seperti yang dipercayai sesetengah pihak.
Kefahaman
yang benar berkenaan Al-Quran dan Sunnah ialah kefahaman yang berasaskan
tafsiran para ulamak agung Islam, dan bukan dengan sangkaan para ekstrimis
zaman moden ini yang tidak berfikir dua kali sebelum mencela majoriti Muslim di
seluruh dunia. Sayyid Muhammad juga berpendapat majoriti ummah ini adalah baik.
Kumpulan-kumpulan minoriti yang fanatiklah yang perlu mengkaji semula fahaman
ekstrim mereka.
Sayyid
Muhammad merupakan pendukung sebenar Sufi yang berasaskan Syariah, Sufi para
Awliya’ agung dan solehin ummah ini. Beliau sendiri merupakan mahaguru
kerohanian di tingkat yang tertinggi, berhubungan dengan kebanyakan peraturan
kerohanian Islam, melalui para Masyaikh Tariqah yang agung.
Beliau
turut mempercayai bahawa membaca Zikir, samaada secara bersendirian atau
berkumpulan, adalah bahagian penting dalam kerohanian seseorang. Semua
pelajarnya dimestikan bertahajjud dan membaca wirid pagi dan petang.
Sayyid
Muhammad juga beranggapan, ummat Islam perlu menggunakan segala hasil yang ada
untuk meningkatkan taraf ummah mereka dari sudut kerohanian, masyarakat dan
juga material, dan tidak membuang masa yang berharga dengan berbalah pada
perkara-perkara kecil. Beliau percaya Muslim tidak seharusnya mencela satu sama
lain dalam perkara yang telah diselisihkan oleh para ulamak. Mereka sebaliknya
perlu berganding bahu bersama untuk memerangi apa yang telah disepekati sebagai
kejahatan dan dosa.
Pandangan
dan pendirian Sayyid Muhammad ini digambarkan dalam tulisannya yang terkenal,
Mafahim Yajib An Tusahhah (Kefahaman Yang Perlu Diperbetulkan), sebuah buku
yang mendapat penghargaan meluas di seluruh dunia Islam dan diiktiraf tinggi di
lingkaran para ulamak.
Penutup
Tidak
diragui lagi, kehadiran Sayyid Muhammad Alawi merupakan rahmat buat ummah ini.
Beliau merupakan waris kepada kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu Alaihi
Wasallam dari sudut darah daging serta kerohanian. Masyarakat Makkah dan
Madinah teramat mencintai beliau seperti mana dilihat pada solat jenazah
beliau.
Siapa
sahaja yang pernah menemui beliau jatuh cinta dengan beliau. Rumahnya di kota
suci Makkah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk ulamak dan para penuntut
yang menziarahi, ribuan orang yang menuju kepadanya. Beliau juga tidak kenal erti
takut dalam berkata yang benar dan telah mengalami detik-detik kepayahan kerana
kebenaran. Walaubagaimanapun pertolongan Allah kelihatan sentiasa bersama
dengannya. RadhiyAllahu Anhu WaArdhaah. Ameen.
Maklumat
lanjut kehidupan dan pencapaiannya boleh dirujuk biografinya yang hebat
bertajuk, Al-Maliki ‘Alim Hijjaz, karangan penulis dan sejarahwan terkenal
Makkah, Dr Zuhayr Kutbi.
Pemergiannya
Beliau
telah meninggalkan kita pada hari Jumaat, 15 Ramadhan (bersesuaian dengan
doanya untuk meninggal dunia pada bulan Ramadhan), dalam keadaan berpuasa di
rumahnya di Makkah. Kematiannya amat mengejutkan.
Benar..
Ia adalah satu kehilangan yang besar.. Ucapan takziah diucapkan dari seluruh
dunia Islam. Solat janazah beliau dilakukan di seluruh pelusuk dunia.
Beliau
telah pergi pada bulan Ramadhan dan pada hari Jumaat.
Saya
adalah antara yang menunaikan solat jenazah (pertama di rumah beliau diimamkan
oleh adiknya As-Sayyid Abbas, dan seterusnya di Masjidil Haram dengan Imam
Subayl)… Ratusan ribu manusia membanjiri upacara pengebumiannya. Semua orang
menangis dan sangat bersedih… Ia merupakan satu situasi yang tidak dapat
dilupakan… Allahu Akbar…
Betapa
hebatnya beliau… betapa besarnya kehilangan ini… Betapa ramainya yang
menyembahyangkannya… Saya tahu mata saya tidak pernah menyaksikan seorang
spertinya… Seorang yang amat dicintai oleh masyarakat seperti beliau… seorang
ulamak yang berkaliber dan berpengetahuan serta berhikmah…
Terdapat
sekurang-kurangnya 500 orang tentera diperintah oleh kerajaan Arab Saudi di
perkuburan Ma’ala untuk mengawal ribuan orang yang menangisinya. Kerabat diraja
juga turut hadir. Para manusia menempikkan Kalimah dengan kuat sepanjang
upacara pengebumian beliau, memenuhi Makkah dari Masjidil Haram sehingga ke
tanah perkuburan.
Beliau
disemadikan di sebelah bapanya, berhampiran maqam nendanya Sayyidah Khadijah.
Sebelum beliau meninggal dunia, beliau ada menghubungi seorang pelajar lamanya
di Indonesia melalui telefon dan bertanyanya adakah dia akan datang ke Makkah
pada bulan Ramadhan. Apabila dia menjawab tidak, Sayyid Muhammad bertanya pula,
“tidakkah engkau mahu menghadiri penegebumianku?”
Tepat
sekali, beliau pergi pada bulan Ramadhan di pagi Jumaat… apakah lagi bukti yang
diperlukan menunjukkan penerimaan Allah?! Makkah menangisi pemergiannya…
Seluruh dunia Islam menangisi kehilangannya. Moga Allah menganugerahkan beliau
tempat yang tertinggi di Jannah, bersama-sama kekasihnya dan datuknya
Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam. Ameen.
Wallahu
A’lam. Wassollahu Ala Saiyidina Rasulillah WaAla Alihi Wasohbihi Waman Walah,
Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
——————————————————————————————-
Kelemahan
Islam Terdapat pada Pertikaian para Ulamanya
Update : 16 / Februari / 2006
Edisi 19 Th. 2-2005M/1426H
Update : 16 / Februari / 2006
Edisi 19 Th. 2-2005M/1426H
Sayyid
Prof. Dr. Muhammad ibn Sayyid ‘Alawi ibn Sayyid ‘Abbas ibn Sayyid ‘Abdul ‘Aziz
al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili lahir di Makkah pada tahun
1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Makkah, dimana ayah
beliau Sayyid Alawi bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut
yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki. Beliau juga
belajar kepada ulama-ulama Makkah terkemuka lainnya, seperti Sayyid Amin Kutbi,
Hassan Masshat, Muhammad Nur Sayf, Sa’id Yamani, dan lain-lain. Sayyid Muhammad
memperoleh gelar Ph.D-nya dalam Studi Hadits dengan penghargaan tertinggi dari
Jami’ al-Azhar di Mesir, pada saat baru berusia dua puluh lima tahun. Beliau
kemudian melakukan perjalanan dalam rangka mengejar studi Hadits ke Afrika
Utara, Timur Tengah, Turki, Yaman, dan juga anak benua Indo-Pakistan, dan
memperoleh sertifikasi mengajar (ijazah) dan sanad dari Imam Habib Ahmad
Mashhur al Haddad, Syaikh Hasanayn Makhluf, Ghumari bersaudara dari Marokko,
Syekh Dya’uddin Qadiri di Madinah, Maulana Zakariyya Kandihlawi, dan banyak
lainnya. Sayyid Muhammmad merupakan pendidik Ahlus Sunnah wal Jama’ah, seorang
‘alim kontemporer dalam ilmu hadits, ‘alim mufassir (penafsir) Qur’an, Fiqh,
doktrin (‘aqidah), tasawwuf, dan biografi Nabawi (sirah). Sayyid Muhammad
al-Makki merupakan seorang ‘aliim yang mewarisi pekerjaan dakwah ayahanda,
membina para santri dari berbagai daerah dan negara di dunia Islam di Makkah
al-Mukarromah. Ayahanda beliau adalah salah satu guru dari ulama-ulama sepuh di
Indonesia, seperti Hadratus Syaikh K.H. Hasyim Asy’ari, KH. Abdullah Faqih
Langitan, KH. Maimun Zubair dan lain-lain. Dalam meneruskan perjuangan
ayahandanya, Sayyid Muhammad sebelumnya mendapatkan sedikit kesulitan karena
beliau merasa belum siap untuk menjadi pengganti ayahnya. Maka langkah pertama
yang diambil adalah melanjutkan studi dan ta’limnya terlebih dahulu. Beliau
berangkat ke Kairo dan Universitas al-Azhar Assyarif merupakan pilihannya.
Setelah meraih S1, S2 dan S3 dalam fak Hadith dan Ushuluddin beliau kembali ke
Makkah untuk melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah. Disamping
mengajar di Masjidil Haram di halaqah, beliau diangkat sebagai dosen di
Universitas King Abdul Aziz- Jeddah dan Univesitas Ummul Qura Makkah bagian
ilmu Hadith dan Usuluddin. Cukup lama beliau menjalankan tugasnya sebagai dosen
di dua Universitas tsb, sampai beliau memutuskan mengundurkan diri dan memilih
mengajar di Masjidil Haram sambil membuka majlis ta’lim dan pondok di rumah
beliau. Adapun pelajaran yang di berikan baik di masjidil haram atau di rumah
tidak bertumpu pada ilmu tertentu seperti di Universitas, akan tetapi semua
pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat baik masyarakat
awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan mencicipi apa yang diberikan
Sayyid Muhammad Maka dari itu beliau selalu menitik beratkan untuk membuat
rumah yang lebih besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid per hari yang
biasa dilakukan selepas sholat Maghrib sampai Isya di rumahnya di Hay al
Rashifah. Begitu pula setiap bulan Ramadan dan hari raya, beliau selalu
menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan
atau derajat. Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat
penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama. Dari rumah beliau telah
keluar ulama-ulama yang membawa panji Rasulallah ke suluruh pelosok permukaan
bumi. Di Indonesia, India, Pakistan, Afrika, Eropa, Amerika, apa lagi di Asia
yang merupakan sebagai orbit dakwah Sayyid Muhammad al Maliki, ribuan murid
murid beliau yang bukan hanya menjadi kyai dan ulama akan tetapi tidak sedikit
yang masuk ke dalam pemerintahan. Di samping pengajian dan taklim yang rutin di
lakukan setiap hari, beliau juga mengasuh pondok yang jumlah santrinya tidak
sedikit, semua berdatangan dari penjuru dunia, belajar, makan, dan minum tanpa
di pungut biaya sepeser pun bahkan beliau memberikan beasiswa kepada para
santri sebagai uang saku. Setelah beberapa tahun belajar, para santri dipulangkan
ke negara-negara mereka untuk menyiarkan agama. Sayyid Muhammad al Maliki
dikenal sebagai guru, pengajar dan pendidik yang tidak beraliran keras, tidak
berlebih- lebihan, dan selalu menerima hiwar dengan hikmah dan mauidhah
hasanah. Beliau ingin mengangkat derajat dan martabat Muslimin menjadi manusia
yang berperilaku, baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada sesama,
terhormat dalam perbuatan, tindakan serta pikiran dan perasaannya. Beliau
adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur serta adil dan cinta kasih
terhadap sesama. Itulah ajaran utama Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki.
Beliau selalu menerima dan menghargai pendapat orang dan menghormati orang yang
tidak sealiran dengannya. Semua yang berlawanan diterima dengan sabar dan usaha
menjawab dengan hikmah dan memecahkan sesuatu masalah dengan kenyataan dan
dalil-dalil yang benar bukan dengan emosi dan pertikaian yang tidak bermutu dan
berkesudahan. Sayyid Muhammad tahu persis bahwa kelemahan Islam terdapat pada
pertikaian para ulamanya dan ini memang yang di inginkan musuh Islam.
Sampai-sampai beliau menerima dengan rela digeser dari kedudukannya baik di
Universitas dan ta’lim beliau di masjidil Haram. Semua ini beliau terima dengan
kesabaran dan keikhlasan bahkan beliau selalu menghormati orang orang yang
tidak sependapat dan sealiran dengannya, semasih mereka memiliki pandangan
khilaf yang bersumber dari al-Qur’an dan Sunah. Adapun ulama yang telah
mendapat gemblengan dari Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki, mereka sangat
pandai, di samping menguasai bahasa Arab, mereka juga menguasai ilmu-ilmu agama
yang cukup untuk dijadikan pegangan dan referensi di negara-negara mereka. Pada
akhir hayat beliau saat terjadi insiden teroris di Saudi Arabia, beliau
mendapatkan undangan dari ketua umum Masjidil Haram Syekh sholeh bin Abdurahman
Alhushen untuk mengikuti “Hiwar Fikri” di Makkah yang diadakan pada tg 5 sd 9
DhulQo’idah 1424 H dengan judul “Al-qhuluw wal I’tidal Ruya Manhajiyyah
Syamilah”, di sana beliau mendapat kehormatan untuk mengeluarkan pendapatnya
tentang thatarruf atau yang lebih poluler disebut ajaran yang beraliran
fundamentalists atau extremist (keras). Dan dari sana beliau telah meluncurkan
sebuah buku yang sangat popular dikalangan masyarakat Saudi yang berjudul
“Alqhuluw Dairah Fil Irhab Wa Ifsad Almujtama”. Dari situ, mulailah pandangan
dan pemikiran beliau tentang da’wah selalu mendapat sambutan dan penghargaan
masyarakat luas. Pada tg 11/11/1424 H, beliau mendapat kesempatan untuk
memberikan ceramah di hadapan wakil raja Amir Abdullah bin Abdul Aziz yang
isinya beliau selalu menggaris-bawahi akan usaha menyatukan suara ulama dan
menjalin persatuan dan kesatuan da’wah. Di samping tugas beliau sebagai da’i,
pengajar, pembibing, dosen, penceramah dan segala bentuk kegiatan yang
bermanfaat bagi agama, beliau juga seorang pujangga besar dan penulis unggul.
Tidak kurang dari 100 buku yang telah dikarangnya, semuanya beredar di seluruh
dunia. Tidak sedikit dari kitab-kitab beliau yang beredar telah diterjemahkan
kedalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu, Indonesia dll. Mafahim Yujibu
an-Tusahhah (Konsep-konsep yang perlu diluruskan) adalah salah satu kitab karya
Sayyid Muhammad, red.) bersinar layaknya suatu kemilau mutiara. Inilah seorang
manusia yang menantang rekan-rekan senegaranya, kaum Salafi-Wahhabi, dan
membuktikan kesalahan doktrin-doktrin mereka dengan menggunakan sumber-sumber
dalil mereka. Untuk keberanian intelektualnya ini, Sayyid Muhammad dikucilkan
oleh ‘rumah Najd’ dan dituduh sebagai “seorang yang sesat”. Beliau pun dicekal
dari kedudukannya sebagai pengajar di Haram (yaitu di Masjidil Haram, Makkah,
red.). Kitab-kitab karya beliau dilarang, bahkan kedudukan beliau sebagai
professor di Umm ul-Qura pun dicabut. Beliau ditangkap dan passport-nya
ditahan. Namun, dalam menghadapi semua hal tersebut, Sayyid Muhammad sama
sekali tidak menunjukkan kepahitan dan keluh kesah. Beliau tak pernah
menggunakan akal dan intelektualitasnya dalam amarah, melainkan menyalurkannya
untuk memperkuat orang lain dengan ilmu (pengetahuan) dan tasawwuf. Saat kaum
Salafi-Wahhabi mendiskreditkan beliau, beliau pun menulis lebih banyak buku dan
mendirikan Zawiyyah beliau sendiri yang menjadi “United Nations” (Perserikatan
Bangsa- Bangsa) dari para ‘Ulama. Akhirnya, protes dari dunia Muslim memaksa kaum
Salafi-Wahhabi untuk menghentikan usaha mereka mem-peti es-kan sang ‘alim
kontemporer’ yang paling terkenal dalam mazhab Maliki ini. Beberapa di antara
mereka bahkan mulai mendukung beliau. Kedengkian mereka sebenarnya didorong
oleh fakta bahwa Sayyid Muhammad al-Maliki jauh lebih unggul untuk dijadikan
tandingan mereka. Dengan sendirian saja, beliau mengambil Islam Sunni dari
klaim tangan-tangan Neo-Khawarij Salafi-Wahhabi dan menempatkannya kembali ke
tangan mayoritas ummat ini. Melalui berbagai karya-karyanya yang menonjol,
beliau menyuntikkan kepercayaan diri yang amat dibutuhkan dalam perdebatan saat
kaum jahil yang mengandalkan ijtihad pribadi mulai meracuni pemikiran umat
Islam. Beliau wafat hari jumat tgl 15 ramadhan 1425 H ( 2004 M) dan dimakamkan
di pemakaman Al-Ma’la disamping makam istri Rasulallah Saw. Khadijah binti
Khuailid Ra. dengan meninggalkan 6 putra, Ahmad, Abdullah, Alawi, Ali, al-
Hasan dan al-Husen dan beberapa putri-putri yang tidak bisa disebut satu
persatu disini. Dan yang menyaksikan pemakaman beliau hampir seluruh umat
muslimin yang berada di Makkah pada saat itu termasuk para pejabat, ulama, para
santri yang datang dari seluruh pelosok negeri, baik dari luar Makkah atau dari
luar negeri. Semuanya menyaksikan hari terakhir beliau sebelum disemayamkan,
setelah disholatkan di Masjidil Haram ba’da sholat isya yang dihadiri oleh
tidak kurang dari sejuta manusia. Begitu pula selama tiga hari tiga malam
rumahnya terbuka bagi ribuan orang yang ingin mengucapkan belasungkawa dan melakukan
`aza’. Dan di hari terakhir `Aza, wakil Raja Saudi, Amir Abdullah bin Abdul
Aziz dan Amir Sultan datang ke rumah beliau untuk memberikan sambutan
belasungkawa dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin agama yang tidak
bisa dilupakan umat. Ketika jenazah Sayyid Muhammad Al Maliki hendak
dishalatkan di Masjidil Haram, ribuan warga kota Mekkah bergantian menggusung
jenazahnya. Dikabarkan toko-toko di sekitar Masjidil Haram yang dilewati
jenazah mematikan lampu sebagai tanda dukacita. Kebesaran keluarga Al Maliki,
bukan hanya di Indonesia, tapi juga di negara-negara Afrika, Mesir, dan Asia
Tenggara. Jadi tidak heran dengan meninggalnya Sayyid Muhammad Al Maliki umat
Islam telah kehilangan satu ulama yang telah mengoreskan tinta sejarah
perjuangan menegakkan kalimat tauhid di muka bumi ini yang menjadi tauladan
buat kita semua.
Silakan
mengutip dengan mencantumkan nama almihrab.com
0 Celoteh Mereka:
Posting Komentar